Sunday, 6 March 2016

Seminar Confinement..Step For A Mommy

As'mualaikum w.b.t

Pada hari sabtu yg lepas, aku dgn wan berpeluang untuk attend satu seminar yg dianjur kn oleh Nisa' Serdang Bangi yg bertajuk Confinement..Step For A Mommy. Penceramah seminar ni adalah perawat pantang terkenal, Siti Aishah atau Kak Ice. Aku kan mmg follower tegar kak ice, bila dapat tahu die akan sampaikan ceramah pasal pantang, terus la aku register...yuran pulak murah 10 ringgit je, tempat pun dekat, separuh hari pulak tu..bila dah smpai sana baru aku tahu yg seminar ni ditaja penuh oleh Pejabat Adun Bangi, sebab tu yuran nye murah....untunglah kan, kalau x, mau cecah 90 ringgit ke atas untuk sorg..hehe...


Memang seronok attend ceramah ni, walaupun kebanyakan yg kak ice cerita tu semuanya dia dah tulis dalam fb die, tp penyampaian secara langsung ni lebih menusuk hati...lebih2 lagi wan pun dengar sama...kdg2 suami ni bila kita share kt fb die bukan nya baca sgt...kalau baca pun die sekadar baca jela...ni dengar depan2 baru lah dia rasa mcm org betul2 bagi nasihat kt depan muka dia...

jadi sebelum aku lupa, baiklah aku catatkan note2 penting yg sempat aku tulis sepanjang ceramah tu...buat pedoman sepanjang usia dan jugak untuk anak cucu...insha Allah...

PERKARA YANG HARUS DILAKUKAN SEBAIK KELUAR DARI LABOUR ROOM

1. Lumur minyak panas satu badan, dari kepala hingga ke hujung kaki
    - boleh guna minyak herbanika atau:
    - ramuan asli
          - halia yg diketuk, segenggam halba, segenggam habbatus sauda, minyak secukupnya
          - masak di atas api kecil
          - boleh disiapkan awal dan disimpan dalam peti ais untuk tahan lama

2. Urut kepala dgn minyak herbanika atau ramuan asli, kemudian diikat tinggi dan kuat. Minyak herbanika dijadikan pilis untuk mengelak kan sakit kepala dan rabun.
     - pilis hendaklah disapu selepas kepala diurut.
     - menyapu pilis tanpa mengurut kepala terlebih dahulu, akan menyebabkan angin terperangkap dan khasiat pilis tidak sampai, boleh juga menyebabkan sakit kepala bagi yg tidak tahan.

3. Pakai stoking
    - stoking tebal, seeloknya stoking bola yg tebal dan panjang hingga ke betis.

4. Satu cawan air akar yang direbus atau direndam pekat.
    - bagi yg bersalin c-zer air akar bagus untuk mngeluarkan darah bantal yang tidak dpt disedut ketika proses bedah.
    - mengurangkan sakit rengat bagi yg bersalin normal atau c-zer
    - menghangatkan badan.

5. Jika tiada air akar, boleh dimulakan dengan air yang direbus atau direndam segenggam habbatus sauda.

6. Memakai baju lengan panjang.
    - Baju lengan panjang lebih elok dr sweater untuk memanaskan badan.

notes**

1. Rambut dinasihatkan dibasuh seminggu sekali sahaja sepanjang tempoh pantang untuk mngelakkan rambut mudah gugur di kemudian hari.
2. Mandi air suam tetapi untuk muka dan kepala hendaklah menggunakan air biasa. Ini terpakai walaupun selepas habis berpantang.
3. Seminggu yg pertama selepas bersalin, kak ice tidak mandi, hanya mengelap shj badan.

PERKARA2 YANG  DILAKUKAN KETIKA TEMPOH BERPANTANG

A. Urut Bersalin

1. Sekurangnya selepas 72 jam atau 3 hari bagi yg bersalin normal.
    - lebih elok jika dibuat seminggu selepas bersalin
    - Ini adalah untuk memberi rehat kepada urat2 yg masih bengkak dan tenat selepas meneran.
    - urat yg masih tenat jika diurut akan mendatangkan lebih sakit kepada urat tersebut dan menyukarkan urat untuk kembali terletak pada tempat asal.

2. Selepas seminggu kepada yg bersalin c-zer. Jika ingin menunggu sehingga pulih dan luka jahitan elok terlebih dahulu pun tidak mengapa. Kak ice berurut selepas sebulan melahirkan.

3. Urutan pada rahim hanya melibatkan urut 'pujuk rahim' dan bukan nya sengkak.

Notes**
1. Badan yg masuk angin bukan lah kerana diurut lambat tetapi kerana
    - Tidak buat rawatan pulih badan. (Rawatan pulih badan adalah semua perkara yg dibuat selepas keluar dari labour room).
    - Tidak bertuam. (bertuam adalah meletak kan batu panas pada badan kecuali ari-ari)
    - Rawatan pulih badan dan bertuam hendaklah dibuat setiap hari sepanjang tempoh berpantang.
2. Urutan hanya bersifat sementara, tidak menjanjikan badan akan sihat.
3. Urutan bersalin tidak boleh dilakukan secara meniarap. hanya mengiring.
4. Urutan tidak boleh dilakukan pada waktu puncak tengah hari dan maghrib krn pd waktu tersebut, darah tengah mengalir dgn laju. terpakai juga kalau nk booking urut spa.

B. Sengkak

1. Dimulakan pada hari ke-30

2. Tidak boleh dibuat awal dari 30 hari kerana
    - rahim masih bengkak dan berdarah
    - dikhuatiri rahim yg masih bengkak jika dipaksa untuk masuk ke sarang, akan mengubah posisi muka rahim ke belakang atau ke kiri, ke kanan (rahim retroverted)
    - Dikhuatiri menyebabkan tumpah darah.

3. Tanda sengkak yang betul:
    - Ibu rasa lega pada rahim
    - bawah, di bahagian ari-ari terasa kosong
    - hilang rasa bisa-bisa dan sengal pada pinggang dan punggung
    - sengkak tidak akan menyakitkan jika dibuat oleh yg pakar,

4. Sengkak dan urut penutup wajib dibuat selepas habis tempoh berpantang kerana sengkak yg dilakukan pada urut penutup lebih berkesan dari dilakukan sebelum habis tempoh berpantang. Ini kerana, rahim telah betul2 pulih, urat di sekitar rahim telah kuat, sarang rahim juga telah kembali kepada keadaan asal dan membolehkan rahim dipegang dengan betul dan kejap. sengkak yg dibuat terlalu awal dikhuatiri akan menyebabkan rahim kembali tergelongsor drpd sarang nya.

Notes**
1. jerawat yg tumbuh pd dagu selain dr waktu period, petanda rahim tidak sihat.

C. Bertungku

1. Menggunakan batu sungai
    - saiz batu sungai sebesar kepala baby.
    - seeloknya setiap ibu mempunyai 2 biji batu sungai. satu untuk bertungku satu untuk bertangas.

2. Batu tungku dipanaskan selama satu jam menggunakan api kecil. kepanasan batu akan bertahan selama 3,4 jam.

3. Ramuan batu tungku terdiri drpd jenis daun2. jika xde daun, boleh gunakan
    - segenggam habbatus sauda, segenggam halba, halia tua yg ditumbuk.

4. Bertungku pada bahagian belakang dahulu, kemudian depan dan ke bawah.
    - bahagian paling penting adalah di celah peha, kene pastikan urat di celah peha ini sentiasa dlm keadaan hangat. boleh letak kan hot bag atau tungku di celah peha sambil menysuu baby.
    - urat ini adalah urat yg paling banyak digunakan ketika proses meneran. urat yg paling tenat.
    - urat ini memegang rahim daripada prolapse, dan juga merupakan urat syahwat.

5. Bertungku selama 44 hari, 2 kali sehari, pagi dan petang.

6. Bahagian tundun, rahim kene dilebihkan tungku untuk memastikan kuntum rahim kembali tertutup cantik.
    - kuntum rahim yg tertutup cantik tidak akan menyebab kan masalah faraj berbau dan keputihan.

Notes**

1. Cungkil rahim yg dibuat ketika bertungku hanya boleh dilakukan oleh professional sahaja.

2. Perlukan masa selama bertahun untuk mempelajari teknik cungkil rahim yg betul kerana jika salah, boleh menyebabkan:
    - rahim terbalik
    - rahim terperosok jauh hingga ke tulang kajang. Ini akan menyebabkan jika mengandung lagi selepas itu, baby akan membesar selama 4 bulan sahaja dan kemudian meninggal, kerana rahim yg terperosok tidak boleh mengembang dan membesar.

3. bagi ibu2 biasa, cukup dengan hanya melakukan tungku biasa sahaja.

D. Mandi Serum

1. Boleh dimulakan seawal hari pertama.

2. Mandi dalam keadaan duduk sepanjang tempoh berpantang. Jangan berlama -lama dalam bilik air.

3. ramuan mandi serum
    - (boleh dibeli pek2)

Notes**

1. mandi sekali atau 2 kali sehari sahaja sepanjang berpantang.
2. Pastikan badan sentiasa berpeluh,
3. tidak boleh hala kipas direct pada badan apatah lagi ber aircond sepanjang pantang
4. Pastikan pembuangan najis adalah lawas
    - lawas yg elok adalah apabila najis keluar dengan banyak dan bukan nya sedikit2 walaupun kerap.
5. pantang untuk org haid
    - hari pertama, lap2 badan x boleh mandi
    - hari 2-7 mandi dgn air suam
    - pantang minum ais dan air gas sepanjang haid
    - pantang makan makanan yg bisa dan gatal sepanjang haid
    - remaja yg berpantang ketika haid tidak akan diserang migrain, senggugut, badan dan faraj berbau atau berjerawat batu (salah guna produk x termasuk).

E. Berbengkung

1. Kepada semua yg bersalin normal, c-zer dan gugur.

2. Tujuan utama bengkung adalah untuk menampung rahim yg masih lemah dan longgar.
    - perumpamaan seperti memakai bra. Breast yg ditampung dgn bra akan dipegang dgn betul, tegang dan terletak.

3. Tujuan lain berbengkung adalah untuk melawaskan darah nifas.

4. Pemakaian bengkung adalah wajib bersama ubat barut. Memakai bengkung bersama ubat barut akan memberi kesan yg baik kepada kesihatan rahim.

5. Bengkung dipakai selama 44 hari, 24 jam..boleh disambung dengan memakai girdle selepas tempoh 44 hari.

6. Berbengkung yg betul dipakai dgn cara di ikat dr bawah ke atas dalam keadaan berbaring.

F. Cucian & Rendaman Faraj

1. Ramuan utnuk cucian faraj adalah:
    - daun sireh, daun inai, segenggam halba, segenggam habbatus sauda dan garam.

2. Cucian faraj boleh dilakukan seawal hari pertama untuk membersihkan faraj dan mengelak kan jangkitan pd luka.

3. Rendaman faraj boleh dilakukan selepas luka kering.

4. Meruang dilakukan selepas rendaman faraj untuk membersihkan dinding faraj.

5. Meruang dilakukan selepas hari ke 30 ketika luka telah kering atau selepas darah nifas telah mulai kering.

G. Bertangas

1. Dilakukan pada hari ke-30 atau ketika darah nifas sudah mulai berwarna coklat.

2. Dialkukan selepas meruang.

3. Tujuan utama bertangas adalah untuk merapatkan kembali rahim dan mencantik kan kuntum rahim.

3. Ramuan bertangas adalah:
    - batu sungai
    - ibu kunyit, jintan hitam dan halba, diketuk
    - Air limau yg diperah
    - ramuan diletak atas batu sungai yg telah dipanaskan selama satu jam.
    - ramuan boleh disiapkan awal dan disimpan dalam peti ais untuk tahan lama.

4. Cara bertangas,
    - batu sungai dan ramuan diletak dalam mangkuk claypot dan di letak dalam toilet bowl.
    - duduk dan tutup seluruh badan dgn kain.

PENGETAHUAN LAIN

A. Khasiat Maajun & Ubat Periuk 

1. Air akar NR mempunyai khasiat sama seperti ubat periuk.

2. Bertujuan untuk mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor dr dalam badan dan rahim.
    - Kesan utama jika lendir tidak dikeluarkan habis adalah senang mengantuk, letih dan lesu ketika puncak tengah hari..

3. Menseimbangkan kembali hormon.
    - sepanjang mengandung, hormon wanita telah mengalami ketidak seimbangan yg teruk (bergantung pd badan setiap org)
    - begitu juga dgn wanita yg haid dan akan menopous
    - kesimbangan hormon perlu dipulihkan selepas proses2 tersebut.

4. Melawaskan sistem pembuangan, lemak dan air berlebihan.

5. kegemukan yg terjadi selepas bersalin kerana hormon tidak seimbang adalah lebih susah untuk kurus berbanding gemuk disebabkan perkara lain.

6. Masalah meroyan, cepat terasa, cepat sensitif, cepat naik tangan, kepala angin adalah kerana:
    - darah kotor tidak habis keluar
    - hormon tidak seeimbang.

JENIS-JENIS DARAH YANG PERLU DIPASTIKAN KELUAR

A. Darah Bantal

1. Darah yang bersaiz sebesar tapak tangan.

2. Jika bersalin normal, kebiasaaan nya doktor telah keluarkan nya

3. tetapi untuk c-zer perlu dipastikan keluar. selagi tidak keluar, akan rasa sakit rengat dan tidak mampu berdiri tegak.

4. Untuk lancarkan darah bantal, minum air akar selepas bersalin, minyak panas sapu satu badan.

B. Darah Nifas

1. Darah yg sama seperti darah haid.

C. Darah Bayam

1. Warna darah adalah kehijauan dan berlendir.

2. Kebiasaan nya keluar di hujung2 pantang atau selepas melakukan tangas.

3. Jika tidak keluar, boleh dilihat dengan tanda:
    - bahagian perut sedikit membuncit dan keras
    - kawasan rahim masih tinggi w'pun selepas habis pantang, berbengkung dan bertungku

4. Kesan jika darah bayam tidak keluar
    - rabun
    - rambut gugur teruk. rambut yg gugur selepas bersalin adalah normal kerana perubahan hormon tetapi jumlah nya adalah sedikit dan bukan nya gugur sehingga menyebabkan kepala botak bertompok tompok.
    - faraj berbau bangkai.

5. Untuk merawat darah bayam yang tidak habis keluar, adalah dengan memakan herba yg boleh memcahkan darah. kak ice tidak boleh memberi ramuan herba memecah darah kerana di luar bidang kepakarannya.

MAKANAN DALAM PANTANG (antaranya:)

1. Epal merah dan sunquick

2. Ikan laut dalam seperti ikan merah, ikan tenggiri, ikan selar, ikan senangin, ikan bawal putih

3. Ayam kampung

4. Nasi beriyani, nasi arab selepas 2 minggu

5. sayur sawi

6. Cara Masakan
    - stim, rebus dan bakar

7. Elak kan Makanan berminyak kerana boleh menyebabkan rahim mudah tergelongsor.

8. Bubur x boleh dimakan kerana perangkap angin.

9. Pulut dan laksa pantang setahun kerana perangkap angin pada mee nya. boleh digantikan mee laksa kepada mee spageti.

10. Pantang 60 hari untuk semua makanan berbisa. Pantang bersama suami 100 hari

11. Air kosong tidak boleh diminum banyak dlm pantang kerana menyebabkan:
      - muka bengkak dan sembap. Boleh dilihat kesan nya selepas habis pantang
      - badan menjadi gemuk air. Air kosong penyebab kandungan air semakin bertambah dalam badan. Badan yg mengandung sememangnya menyimpan bnyak lebihan air dan lebihan air ini sepatutnya dikeluarkan sewaktu tempoh pantang.
      - faraj berlendir.
      - kekuatan kemutan berkurangan atau hilang.

12. Air yg boleh diminum banyak ketika dalam pantang adalah
      - air akar
      - air yg boleh menambah kan darah seperti air rebusan halba, air kurma nabis (rendaman kurma merah)
      - apa2 jenis air yg mengeluarkan water retention iaitu air berlebihan dlm badan.

TAMBAH SUSU (antaranya:)

1. halba, pegaga

2. Perlu dielak kan lobak putih kerana sejuk dan angin. lobak merah boleh dimakan.

3. Elak kan soya kerana penyebab cyst dan menyebabkan hormon estrogen bertambah. keseimbangan hormon pd wanita adalah penting.

4. Fahami konsep penyusuan iaitu demand dan supply supaya kita tidak memudaratkan kesihatan sendiri ketika berpantang.

Q & A

A. Tindakan Pantas Jika Terkena Bentan

1. Minum air akar pekat2
2. tungku satu badan sehingga kembali pulih.

B. Sakit Kepala Ketika Dalam Pantang

1. Pemakaian pilis yg tidak betul.
2. Elak kan membaca, tgok tv dan henpon



ok, tu saje notes yg sempat aku catitkan sepanjang hampir 4 jam seminar..aku harap berpantang kali ni, aku mampu untuk buat semua perkara yg kak ice bagitahu ni supaya badan kekal sihat, cantik dan lebih penting kemabali kepada keadaan asal seperti anak dara...ini kerana badan yg sihat, ibadah terpelihara, keluarga insha Allah kekal bahagia..

mungkin ada sesetengah perkara, yg org lain tak setuju, tapi terpulang lah itu hak masing2...dari segi perbidanan ini lah yg di ajar dan telah dipraktiskan. bagi diri aku, aku percaya dgn semua yg kak ice bgtahu ni sbb aku boleh tgok org2 yg amalkan pantang ni badan dia mcm mana..so insha Allah, i will work hard for it...semoga tercapai insha Allah..

jom layan gambar kak ice pulak...


Inilah orang nya..cantik manis, slim melim...muka pun bersih, segar dan bertenaga..


Bersungguh sungguh kak ice menyampaikan ilmu. semoga usaha kak ice untuk menyedarkan kaum ibu ttg kebaikan berpantang mendapat ganjaran besar dari Yang Maha Esa.




yeeeeee...ade gambar kami di situ...hehe..sedondon biru lagi.sebenar nye gmbar nk fokus wife adun bangi tu...ustazah ni pun ade share pengalaman berpantang die dan kisah meroyan yg die penah nampak..semoga dijauhkan lah penyakit yg bukan2 ni..


owhh pada yg wonder, dimanakah bunga...hehe...bunga xde...hantar nursery, sebab masjid bangi ni sediakan nursery..so lepas bekfes, kitorg hantar die kat nursery tu...cuma dah hujung2 ceramah tu wan ambik bunga sekejap bawak masuk dewan, tp tau jelah budak kecik tu lasak betul, so terpaksa hantar nursery semula..time kitorg ambik die nak balik tu, die tgh tido lena..

so di kesempatan ni nk ucap kan thanks bnyak2 pd Nisa' Serdang sebab sediakan bekfes nasi lemak, lunch dan tolong jagakan baby tanpa upah..tp kami bg jugak la sumbangan ikhlas untuk tabung nursery..boleh guna untuk tambah beli mainan...hehe

ok lah tu je....daaa~~

No comments:

Post a Comment