Assalammualaikum w.b.t
Haii korang!! Misi pencarian Kitchen Cabinet diteruskan. Selepas patah hati dengan Unity Kitchen, Dhuri ada pergi Home Exhibition kat Sunway Piramid. Tujuan nya untuk survey harga je dulu. Masa ni belum ada niat lagi nak beli apa-apa barang untuk rumah baru. Sampai kat sana Dhuri ada lah jalan 2-3 booth, tunjuk kan design dan mintak quotation. Masa ni belum ada spesifik design lagi. Dhuri just request untuk L-Shape dengan counter bar je.
Mostly bagi harga 12k-15k. Material melamine. Untuk upgrade ke 3g macam biasalah kena tambah sikit lagi duit. Dhuri rasa harga kat home exhibition ni quite okay. Cuma material tu je lah, Dhuri tak berapa berkenan sangat sebab melamine. Lepas tu Dhuri rasa macam segan nak tanya lebih-lebih. Yelah kita sebagai pengguna kerap dapur, ada jenis drawer atau pintu yang kita nak untuk sesuaikan dengan perkakas dapur kita tapi nak tanya banyak kali rasa malas pulak sebab dorang pun kena kira banyak kali
And reason kedua sebab tak tahu kedai yang akan buat tu okey ke tidak. Tak kan kat tengah-tengah home exhibition tu nak mengoogle kan. Orang dah lah ramai. Dorang pulak kalau kita confirm nak buat dengan dorang, kena bayar deposit. Untuk serahkan deposit macam tu Dhuri tak berapa yakin. Takut company tak okey, punah kitchen cabinet ku nanti. Huhu
Kalau sebelum ni Dhuri cerita yang Dhuri lukis design kitchen cabinet guna microsoft word, tapi lepas balik dari Unity Kitchen tu Dhuri try google cara nak lukis secara 3D. Ada lah install apss tapi tak reti pulak guna. Haha
Tapi sebab tak putus asa kot, Dhuri terjumpa apps kitchen planner ikea ni yang memang best giler.! Boleh create size dapur kita dan letak kitchen cabinet ikea yang sesuai. Harga pun dorang terus bagi. Memang sesuai lah dengan Dhuri yang malas nak tanya-tanya designer banyak kali ni. Dhuri sendiri lukis, sendiri pilih kabinet dan sendiri adjust harga ikut bajet kita.
Lepas buat beberapa design, Dhuri ajak husband ke ikea untuk tengok material betul-betul depan mata. Kitorang ni selalu je pergi ikea sebab memang suka dengan barang-barang ikea tapi tak pernah lah belek kitchen cabinet dorang. So this time memang tengok betul-betul sebab ada size yang Dhuri tak sure okey ke tak. Contohnya macam tempat tong gas tu betul ke okey size 40cm..cabinet yang size 80cm besar sangat ke tak.
Bila dah tengok depan-depan ni memang lagi puas hati lah. Lagipun warna kitchen cabinet ikea kan cantik-cantik. Sesuai pulak dengan taste Dhuri yang suka kan tema farm house dan scandinavian.
Harga pun tak mahal sangat. Plus, kitorang boleh buat ikut bajet yang ada dulu. If nak tambah kemudian nanti macam wall kabinet tu just pergi je lagi Ikea. Dhuri dah berangan nak pilih Bodbyn warna putih. Memang cantik sangattt
Tapiiiiiii
Husband tak berapa berkenan pula dengan table top ikea. Sebab dari kayu. Dia takut tak cukup lasak untuk penggunaan kitorang walaupun ada warranty 25 tahun. Plus, ikea ada charge tambahan untuk delivery dan 10% dari total harga untuk upah staff dorang pasang.
Bila fikir balik apa yang husband concern tu memang betul pun. Dhuri pun risau jugak takut table top tu tak tahan.
And satu lagi kat tempat kitorang ni ada penduduk yang report masalah anai-anai. So kalau pakai kayu ni memang lagi high risk la untuk cepat rosak. Hurmmm mendung lagi hatiku
So agak-agak apa yang Dhuri buat? kita sambung next entry k. Entry ketiga dan terakhir
Till then bye ~~~
Atau nak lebih pantas??
No comments:
Post a Comment