Tuesday 24 October 2023

Memilih Kitchen Cabinet - Part 1

 Assalammualaikum w.b.t


Haii korang!! Memilih kitchen cabinet ni adalah benda paling rumit dan paling lama sekali untuk buat pilihan. Setuju tak? Dhuri ambil masa berbulan tau untuk confirmkan design dan arrangement. Banyak kali ubah fikiran dan tukar arrangement sebab keluasan dapur kitorang tak besar sangat. Around 14ft x 10ft je. Jenis rumah pulak memang buka je pintu utama terus tembus sampai dapur and pintu belakang.

So memang kena hati-hati memilih sebab kalau salah konsep, terus nampak messy, sempit and buruk. Huhu

Mula-mula Dhuri lukis kat microsoft word. 




Design A tu Dhuri suka sebab boleh pisah kan ruang kering dan basah dengan letak peti ais tu tengah-tengah. Cuma Dhuri tak berapa prefer bentuk U tu sebab rasa dapur akan sempit. 

Then Dhuri buat design B. Dhuri suka yang ni sebab L shape dia ringkas je cuma peti ais tu tak boleh letak kat hujung sebab hujung tu tingkap. Nanti tingkap akan terlindung. If takde tingkap tu memang perfect dah arrangement ni. 

So Dhuri tukar pula buat design C. Still simple cuma Dhuri tak berapa suka kedudukan peti ais tu sebab akan buat orang yang duduk kat bar table terlindung. Dhuri imagine if i tengah masak and someone duduk kat situ, husband ke or mak, or my siblings...kitorang tak boleh berborak dengan selesa. Ye, family Dhuri sejenis kuat berborak time masak. lol

Tapi kan yang lawaknya....bila Dhuri bawa design ni ke kitchen cabinet designer dorang kata tak muat!! Hahahaaa

Yelah, dah ku pun main lukis je. Mana kira betul-betul saiz kabinet semua tu. Memang lebih dari 14 kaki kalau nak letak counter bar, peti ais dengan base kabinet tu. Dah lah siap nak buat tall kabinet lagi sebelah peti ais. Ingat dapur rumah banglo??? T_______T

Sebenarnya Dhuri bawak design ni ke Unity Kitchen. Dhuri tertarik dengan Unity Kitchen ni sebab famous kan. Ramai artis yang guna. Kebetulan showroom dorang yang kat Bangi ni dekat je dengan rumah kitorang. Macam sesuai lah kalau buat dengan dorang

Sampai je kat showroom memang akan ada staff yang entertain kita. Kitorang jalan-jalan dulu tengok material and lepas tu baru duduk untuk discuss. Masa discuss tu la yang Dhuri tunjuk design ni. Lepas dia kata ruang tak cukup, dia try re-arrange kepada bentuk U tapi rapatkan peti ais dan tall kabinet dengan counter bar.

Masa ni jugak dia cakap yang dapur kitorang ni tak sesuai untuk buat kitchen island sebab akan cramp. So counter bar tu memang pilihan yang lebih baik la. 


Cumanyaaaaaa

Harga yang dorang bagi over bajet kitorang. Dhuri tak boleh lah disclose berapa sebab dorang business kan, tapi more than 25k. Untuk material melamine. Dhuri kureng sikit melamine ni tapi itu je lah yang paling murah. If nak upgrade 3g,4g atau acrylic (which is the one yang Dhuri suka) kena tambah 1k lebih lagi. . Tapi harga tu maybe sebab Dhuri buat wall kabinet sampai siling kot. Tapi tak tahulah still rasa mahal untuk melamine harga macam tu. 

Tapi lepas pergi Unity Kitchen ni Dhuri macam down jugak lah sekejap. Haha. Try untuk berpijak di bumi yang nyata. Ukur poket sendiri. So Dhuri rendahkan sikit expectation and mintak harga untuk base sahaja. Dhuri request L-Shape tapi kat counter bar ada 2 layer macam ni



And harga yang dorang bagi...still over bajet kitorang. T_________T

Tapi masa ni Unity Kitchen ni dah bukan one of my consideration lagi dah. Rasa memang tak berbaloi bayar harga semahal tu untuk melamine. So lepas dapat harga Dhuri say thank you and terus cross Unity Kitchen from my list

Kita move on guysss

So apa next pilihan Dhuri???? Tunggu next entry k

Tapi if korang nak pilih Unity Kitchen ni go on je k. Sebab customer service dorang memang tip top. Staff dia sedaya upaya buat design yang memenuhi bajet kita cumanyaa Dhuri kena sedar diri yang bajet ku memang tak seberapa. lol

Lagipun kalau tengok review Unity Kitchen ni memang best and meyakinkan. Itu juga sebenarnya yang buat Dhuri tertarik sebab Dhuri baca banyak juga pengalaman orang yang tak puas hati dengan kitchen kabinet dorang. Kita dah keluar duit ribu-ribu tapi hasil kureng memang sakit hati tau!


Even datang untuk tengok-tengok je pun dorang bagi gift bag ni. Dapatlah mineral water, catalog dengan sample kayu. Tapi kan yang buat Dhuri tertarik apa tau....



Dalam catalog tu ada gambar kitchen kabinet ni yang buat Dhuri tak berkelip sekejap. Sebab sebelum tu Dhuri macam ada rasa keliru sikit betul ke decison kitorang untuk buat base sahaja. Tak pelik ke kalau takde wall kabinet? Hood tu tak nampak pelik ke sorang-sorang kat situ? Tapi lepas tengok gambar ni terus rasa tenang sekejap hati. Insya Alah everything will be okay je.

So kita sambung next entry k untuk misi pencarian kitchen cabinet part 2

Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!


No comments:

Post a Comment