Wednesday, 25 October 2023

Memilih Kitchen Cabinet - Part 3

 Assalammualaikum w.b.t


Haii korang!! My dream kitchen Cabinet adalah macam gambar kat atas ni. Cantik giler kan. Nampak luas dan sejuk mata memandang sebab kombinasi warna yang cantik. 

Well, jom continue story misi pencarian kitchen kabinet Dhuri ni. 

Selepas berbelah bagi either nak proceed dengan ikea atau cari lain haritu...Dhuri saja up dekat stories ig pasal kitchen cabinet ni. Dhuri cakap struggle nak cari yang berkenan di hati dengan bajet yang sesuai. Ditakdirkan salah seorang customer shaklee Dhuri, eca tengok and dia pula bekerja kat company yang buat kitchen cabinet. Dia DM Dhuri dan bagitahu company dia tengah buat promo kitchen cabinet. Material full aluminium.

Dhuri masa dengar aluminium tu dah sedar diri dah memang tak layak ni. Mesti puluh-puluh ribu jugak ni. Tapi Eca ni cara dia service tu Dhuri suka. Maybe selesa sebab dia pun customer Dhuri and kitorang dah pernah bersembang sebelum ni. Dia yakin kan Dhuri untuk try dulu minta quotation. If tak ambil pun takpe. 

So Dhuri pun wassap eca design ni 

Lepas beberapa minit Eca bagi quotation and Dhuri memang terkejut giler sebab dapat harga tak sampai 10k pun!!! 

Full aluminium dengan harga 9.8k! Siap dapat table top porcelain lagi tau. Fuhh

Eca kata harga dapat murah sebab tengah promo dan company dia memang kilang yang buat kitchen cabinet. So harga direct kilang lah kiranya ni. 

Kitorang decided untuk ke kilang terus kat Semenyih and lepas 2 minggu macam tu Dhuri bayar deposit 3k untuk locked harga promo tu. 

Masa ni memang rasa lega dah sebab kitchen cabinet finally settled! 

Masa ni Dhuri bayangkan kitchen cabinet kitorang tu nanti akan rupa macam ni tau cuma bentuk L-Shape.

Kat counter bar tu akan ada 2 layer. Satu layer tu tinggi sikit untuk cover tempat memasak. Kitorang nak buat open concept je. So takde pintu atau divider yang pisahkan dapur dengan dining dan living room. Sebab tu Dhuri tinggikan sikit counter bar tu. Takde plan juga masa ni untuk letak bar stools tu. 

Tapi lepas tu bila fikir balik, rasa risau pulak tak cukup ruang storage. Masa ni memang kerja Dhuri setiap hari bukak tutup ikea kitchen planner tu je lah. Sampai rasa nak muntah dah tengok. Tapi paksa juga sebab nak yang terbaik. 

Dhuri buat design baru, bentuk U-Shape and minta quotation baru dari Eca. Tapi tiba-tiba harga jadi 15k pulak. Macam tak logik sebab Dhuri cuma tambah lagi 5ft 

Cross check semula and rupanya Eca tak perasan yang Dhuri ada letak dua drawer 2 laci and 2 layer tu. Dorang memang bagi free drawer 2 ft tapi Dhuri nak 2 drawer 

So masa ni memang frust jugak lah. Mujur Eca mulut manis and pujuk balik. Haha. Dia suruh Dhuri design balik yang betul-betul Dhuri nak and dorang bagi quotation semula. Harga yang 15k tu masa ni dah kurang jadi 13k

Sepanjang proses ni kan quotation Dhuri dah revise lebih 4 kali. lol

Ada jugak lah rasa ralat sebab tak ambil je ikea. Atleast memang betul-betul akan ikut kehendak Dhuri kan and orang pun tak penat nak layan design Dhuri yang kerap berubah. 

Tapi Dhuri lantak kan aje sebab kita bayar belas ribu bukan sikit tau. Mesti lah nak betul-betul puas hati. Bukan soal harga je yang Dhuri kira, tapi functionality, ruang, saiz dapur semua Dhuri ambil kira. Biarlah orang anggap kita cerewet sekarang dari dah siap tapi kita tak puas hati sebab dapur cramp, dapur tak function, etc

Lepas seminggu bertapa Dhuri submit 2 design yang baru. 


Dhuri ambil inspirasi dari gambar kitchen kabinet yang Dhuri idamkan kat atas sekali tu dan counter bar biasa. Dhuri memang kena pilih salah satu je untuk buat counter bar tu sebab ruang terhad 


Sama ada buat jenis lurus macam ni, letak divider dan counter bar kat another side menghadap dinding 

Or else



Buat counter bar ni dan letak peti ais kat another side. So counter bar tu je lah yang jadi divider untuk pisahkan dapur dengan dining. Dhuri kurang suka sikit sebenarnya macam ni tapi husband suka pulak yang ni. Dia cakap bila counter bar kat tengah nampak exclusive. Personally Dhuri rasa kalau counter bar kat tepi tu lagi dekat dengan tempat memasak. If nak guna untuk minum-minum kopi pun okey. If nak buat prep memasak, potong bawang, etc lagi dekat dengan sink dan hob. 

Tapi pendapat husband pun kena ambil kira jugak sebab biasanya apa yang dia pilih selalunya cantik. 

Lagipun kalau nak buat counter bar kat tepi, memang lambat lagi jawabnya nak siap sebab kena tunggu ada bajet baru. Kena buat dengan tall kabinet sekali baru cantik. And tak boleh ambil ikea sebab ikea takde counter bar macam ni. Kena ambil dengan contractor luar so ada risiko juga tak secantik yag kitorang inginkan. Plus, kos pun akan bertambah nanti. 

Aduhhhh pening kan...haha. That's why la Dhuri ambil masa berbulan tau untuk decide kitchen cabinet ni saja. Memang kena buat solat istikharah dan tanya pendapat kawan-kawan yang dah buat kitchen cabinet kat rumah dorang.

Lepas timbang tara segala pros and cons, finally Dhuri bagtau Eca kitorang proceed dengan design kedua yang ada counter bar tu. 

Hopefully Eca boleh deliver ikut apa yang Dhuri imagine kan....



Nak ikutkan keluasan dan layout dapur Dhuri sama macam dalam gambar atas ni. So maybe begini jugak lah kot hasil akhirnya....sama-samalah kita nantikan. 

Untuk nama kilang yang buat kitchen kabinet Dhuri ni, Dhuri akan disclose lepas semua siap nanti dan Dhuri berpuas hati.


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!



Memilih Kitchen Cabinet - Part 2

  Assalammualaikum w.b.t


Haii korang!! Misi pencarian Kitchen Cabinet diteruskan. Selepas patah hati dengan Unity Kitchen, Dhuri ada pergi Home Exhibition kat Sunway Piramid. Tujuan nya untuk survey harga je dulu. Masa ni belum ada niat lagi nak beli apa-apa barang untuk rumah baru. Sampai kat sana Dhuri ada lah jalan 2-3 booth, tunjuk kan design dan mintak quotation. Masa ni belum ada spesifik design lagi. Dhuri just request untuk L-Shape dengan counter bar je.

Mostly bagi harga 12k-15k. Material melamine. Untuk upgrade ke 3g macam biasalah kena tambah sikit lagi duit. Dhuri rasa harga kat home exhibition ni quite okay. Cuma material tu je lah, Dhuri tak berapa berkenan sangat sebab melamine. Lepas tu Dhuri rasa macam segan nak tanya lebih-lebih. Yelah kita sebagai pengguna kerap dapur, ada jenis drawer atau pintu yang kita nak untuk sesuaikan dengan perkakas dapur kita tapi nak tanya banyak kali rasa malas pulak sebab dorang pun kena kira banyak kali

And reason kedua sebab tak tahu kedai yang akan buat tu okey ke tidak. Tak kan kat tengah-tengah home exhibition tu nak mengoogle kan. Orang dah lah ramai. Dorang pulak kalau kita confirm nak buat dengan dorang, kena bayar deposit. Untuk serahkan deposit macam tu Dhuri tak berapa yakin. Takut company tak okey, punah kitchen cabinet ku nanti. Huhu

Kalau sebelum ni Dhuri cerita yang Dhuri lukis design kitchen cabinet guna microsoft word, tapi lepas balik dari Unity Kitchen tu Dhuri try google cara nak lukis secara 3D. Ada lah install apss tapi tak reti pulak guna. Haha

Tapi sebab tak putus asa kot, Dhuri terjumpa apps kitchen planner ikea ni yang memang best giler.! Boleh create size dapur kita dan letak kitchen cabinet ikea yang sesuai. Harga pun dorang terus bagi. Memang sesuai lah dengan Dhuri yang malas nak tanya-tanya designer banyak kali ni. Dhuri sendiri lukis, sendiri pilih kabinet dan sendiri adjust harga ikut bajet kita. 

Lepas buat beberapa design, Dhuri ajak husband ke ikea untuk tengok material betul-betul depan mata. Kitorang ni selalu je pergi ikea sebab memang suka dengan barang-barang ikea tapi tak pernah lah belek kitchen cabinet dorang. So this time memang tengok betul-betul sebab ada size yang Dhuri tak sure okey ke tak. Contohnya macam tempat tong gas tu betul ke okey size 40cm..cabinet yang size 80cm besar sangat ke tak.







Bila dah tengok depan-depan ni memang lagi puas hati lah. Lagipun warna kitchen cabinet ikea kan cantik-cantik. Sesuai pulak dengan taste Dhuri yang suka kan tema farm house dan scandinavian. 

Harga pun tak mahal sangat. Plus, kitorang boleh buat ikut bajet yang ada dulu. If nak tambah kemudian nanti macam wall kabinet tu just pergi je lagi Ikea. Dhuri dah berangan nak pilih Bodbyn warna putih. Memang cantik sangattt

Tapiiiiiii

Husband tak berapa berkenan pula dengan table top ikea. Sebab dari kayu. Dia takut tak cukup lasak untuk penggunaan kitorang walaupun ada warranty 25 tahun. Plus, ikea ada charge tambahan untuk delivery dan 10% dari total harga untuk upah staff dorang pasang. 

Bila fikir balik apa yang husband concern tu memang betul pun. Dhuri pun risau jugak takut table top tu tak tahan. 

And satu lagi kat tempat kitorang ni ada penduduk yang report masalah anai-anai. So kalau pakai kayu ni memang lagi high risk la untuk cepat rosak. Hurmmm mendung lagi hatiku

So agak-agak apa yang Dhuri buat? kita sambung next entry k. Entry ketiga dan terakhir 


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!


Tuesday, 24 October 2023

Memilih Kitchen Cabinet - Part 1

 Assalammualaikum w.b.t


Haii korang!! Memilih kitchen cabinet ni adalah benda paling rumit dan paling lama sekali untuk buat pilihan. Setuju tak? Dhuri ambil masa berbulan tau untuk confirmkan design dan arrangement. Banyak kali ubah fikiran dan tukar arrangement sebab keluasan dapur kitorang tak besar sangat. Around 14ft x 10ft je. Jenis rumah pulak memang buka je pintu utama terus tembus sampai dapur and pintu belakang.

So memang kena hati-hati memilih sebab kalau salah konsep, terus nampak messy, sempit and buruk. Huhu

Mula-mula Dhuri lukis kat microsoft word. 




Design A tu Dhuri suka sebab boleh pisah kan ruang kering dan basah dengan letak peti ais tu tengah-tengah. Cuma Dhuri tak berapa prefer bentuk U tu sebab rasa dapur akan sempit. 

Then Dhuri buat design B. Dhuri suka yang ni sebab L shape dia ringkas je cuma peti ais tu tak boleh letak kat hujung sebab hujung tu tingkap. Nanti tingkap akan terlindung. If takde tingkap tu memang perfect dah arrangement ni. 

So Dhuri tukar pula buat design C. Still simple cuma Dhuri tak berapa suka kedudukan peti ais tu sebab akan buat orang yang duduk kat bar table terlindung. Dhuri imagine if i tengah masak and someone duduk kat situ, husband ke or mak, or my siblings...kitorang tak boleh berborak dengan selesa. Ye, family Dhuri sejenis kuat berborak time masak. lol

Tapi kan yang lawaknya....bila Dhuri bawa design ni ke kitchen cabinet designer dorang kata tak muat!! Hahahaaa

Yelah, dah ku pun main lukis je. Mana kira betul-betul saiz kabinet semua tu. Memang lebih dari 14 kaki kalau nak letak counter bar, peti ais dengan base kabinet tu. Dah lah siap nak buat tall kabinet lagi sebelah peti ais. Ingat dapur rumah banglo??? T_______T

Sebenarnya Dhuri bawak design ni ke Unity Kitchen. Dhuri tertarik dengan Unity Kitchen ni sebab famous kan. Ramai artis yang guna. Kebetulan showroom dorang yang kat Bangi ni dekat je dengan rumah kitorang. Macam sesuai lah kalau buat dengan dorang

Sampai je kat showroom memang akan ada staff yang entertain kita. Kitorang jalan-jalan dulu tengok material and lepas tu baru duduk untuk discuss. Masa discuss tu la yang Dhuri tunjuk design ni. Lepas dia kata ruang tak cukup, dia try re-arrange kepada bentuk U tapi rapatkan peti ais dan tall kabinet dengan counter bar.

Masa ni jugak dia cakap yang dapur kitorang ni tak sesuai untuk buat kitchen island sebab akan cramp. So counter bar tu memang pilihan yang lebih baik la. 


Cumanyaaaaaa

Harga yang dorang bagi over bajet kitorang. Dhuri tak boleh lah disclose berapa sebab dorang business kan, tapi more than 25k. Untuk material melamine. Dhuri kureng sikit melamine ni tapi itu je lah yang paling murah. If nak upgrade 3g,4g atau acrylic (which is the one yang Dhuri suka) kena tambah 1k lebih lagi. . Tapi harga tu maybe sebab Dhuri buat wall kabinet sampai siling kot. Tapi tak tahulah still rasa mahal untuk melamine harga macam tu. 

Tapi lepas pergi Unity Kitchen ni Dhuri macam down jugak lah sekejap. Haha. Try untuk berpijak di bumi yang nyata. Ukur poket sendiri. So Dhuri rendahkan sikit expectation and mintak harga untuk base sahaja. Dhuri request L-Shape tapi kat counter bar ada 2 layer macam ni



And harga yang dorang bagi...still over bajet kitorang. T_________T

Tapi masa ni Unity Kitchen ni dah bukan one of my consideration lagi dah. Rasa memang tak berbaloi bayar harga semahal tu untuk melamine. So lepas dapat harga Dhuri say thank you and terus cross Unity Kitchen from my list

Kita move on guysss

So apa next pilihan Dhuri???? Tunggu next entry k

Tapi if korang nak pilih Unity Kitchen ni go on je k. Sebab customer service dorang memang tip top. Staff dia sedaya upaya buat design yang memenuhi bajet kita cumanyaa Dhuri kena sedar diri yang bajet ku memang tak seberapa. lol

Lagipun kalau tengok review Unity Kitchen ni memang best and meyakinkan. Itu juga sebenarnya yang buat Dhuri tertarik sebab Dhuri baca banyak juga pengalaman orang yang tak puas hati dengan kitchen kabinet dorang. Kita dah keluar duit ribu-ribu tapi hasil kureng memang sakit hati tau!


Even datang untuk tengok-tengok je pun dorang bagi gift bag ni. Dapatlah mineral water, catalog dengan sample kayu. Tapi kan yang buat Dhuri tertarik apa tau....



Dalam catalog tu ada gambar kitchen kabinet ni yang buat Dhuri tak berkelip sekejap. Sebab sebelum tu Dhuri macam ada rasa keliru sikit betul ke decison kitorang untuk buat base sahaja. Tak pelik ke kalau takde wall kabinet? Hood tu tak nampak pelik ke sorang-sorang kat situ? Tapi lepas tengok gambar ni terus rasa tenang sekejap hati. Insya Alah everything will be okay je.

So kita sambung next entry k untuk misi pencarian kitchen cabinet part 2

Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!


Beli Kipas Murah Di Seremban

 Assalammualaikum w.b.t


Haii korang!! Sebenarnya benda pertama yang kitorang beli lepas dapat kunci rumah haritu adalah kipas. Tujuan nya supaya kitorang tak kepanasan time check defect rumah nanti. Tapi lepas beli ambil masa jugak lah untuk pasang sebab husband pasang sorang-sorang je. Kitorang tak upah orang pun sebab nak jimat. Plus husband pun dah biasa pasang kipas. Cuma take time lah nak siapkan semua. 

Plan asalnya Dhuri nak beli online je. Brand Rezo. Sebab Dhuri baca review brand ni agak bagus juga. Harga murah dan kipas dia laju. Dhuri nak beli 7 biji. 4 biji untuk bilik, 1 ruang tamu, 1 dapur, dan 1 lagi untuk family hall atas. Dhuri bajet rm2.5k. 

Tapi lepas sembang dengan ofismate Dhuri, dia cadangkan untuk Dhuri ke THT Seremban. Dia cakap dia beli kipas kat sana murah. Kebetulan Dhuri memang nak ke Semenyih pun untuk jumpa dengan designer kitchen kabinet kitorang. So lepas ke Semenyih kitorang terus ke THT Seremban. 


Kedai ni senang je nak cari cuma parking agak terhad. Kitorang kena tunggu sekejap sampai ada kereta yang keluar baru dapat parking

Customer service tip top. Kitorang memang puas hati dengan layanan dan info yang staff dorang bagi. Memang sangat membantu kitorang untuk buat pilihan. 


Kat sini memang husband yang pilih dan decide kipas macam mana yang okey. Dhuri cuma bagi syarat je nak kipas cantik untuk ruang tamu. Yang lain-lain tu Dhuri nak warna putih tapi warna putih banyak yang habis. Yang ada pulak, husband tak berkenan sebab performance kurang dia kata

So i ikutkan saja lah.. 

Kipas ruang tamu. Warna kipas ni coklat walnut. Brand tak sure. Nanti kitorang akan beli satu lagi untuk letak kat dining area. 

Kipas bilik master bedroom. Brand Mitsubishi.

Kipas bilik anak-anak dan guest room. Kipas ni kecik sikit sebab bilik dorang tak besar. Kalau beli panjang, takut sangkut. Brand Silenz. Memang betul-betul senyap ye. Tapi kipas ni laju tau. Angin dia kuat

Total kipas yang kitorang beli haritu 5 biji, rm1350. Yang mahal kipas master bedroom tu rm530. Kipas living room tu harga standard je 300 lebih. Kipas bilik yang lain agak murah, cuma rm160

So nanti kena tambah lagi satu kipas kat dining, kipas family hall, yard dan porch. Fuhh bertabah lah. Nak masuk rumah baru ni memang banyak pakai duit. Dhuri share je harga kat sini untuk panduan korang yang nak masuk rumah baru juga k.. Inilah tolak tambah duit yang kita kena sediakan. 


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!


Monday, 23 October 2023

Hob Dan Hood Untuk Dapur Baru

Assalammualaikum w.b.t


Haii korang!! The truth is, Dhuri ni bukanlah orang yang suka dan minat sangat memasak. Sebelum kahwin dulu resipi yang Dhuri tahu sangatlah limited. Yang mudah-mudah je Dhuri boleh masak. Yang rumit, banyak bahan, etc memang Dhuri surrender awal. So Dhuri memang tak pernah ada dream kitchen ke apa sebelum ni. Cukup dapur tu selesa, luas dan boleh simpan barang dengan teratur dah cukup untuk Dhuri. Tapi semuanya berubah lepas 2 tahun PKP. Bila dah terperuk dalam rumah lama, Dhuri mula belajar memasak and surprisingly sedap jugak. Haha. Sejak tu slowly Dhuri rajin layan video-video memasak dan mula yakin untuk masak makanan yang complicated sikit. Cumanya ruang dapur rumah sewa Dhuri sekarang agak kecil. Jadi banyak benda jadi terbatas.

Bila dah beli rumah ni, kitorang asingkan sikit bajet untuk buat kitchen cabinet. Cerita kitchen cabinet ni nanti Dhuri tulis entry yang lain sebab memang panjang berjela alkisahnya. T________T 

Cuma sebab dah plan nak buat kitchen cabinet so kitorang pun start lah cari hob dan hood baru untuk sesuaikan dengan kitchen cabinet tu nanti. 


First kitorang tengok kat Aeon Balakong. Ni memang takde niat pun nak beli. Just nak tengok-tengok je. Husband lah yang banyak belek. Dhuri masa ni ikut kan je. Secondly kitorang ke Home Exhibition Sunway Piramid. Harga kat home exhibition ni memang murah. Kalau tak silap Dhuri set Hob dengan Hood brand Rubine boleh dapat dalam 2.1K je. 

Cantik kan..? Harga hood ni kalau kat website Rubine, Rm 1780 (RCH-NEORA-90BL) cuma masa ni kitorang tak tengok betul-betul sebab fikir lama lagi nak dapat kunci. Memang masa tu belum bersedia nak beli apa-apa barang pun lagi untuk rumah baru. Cuma Dhuri dah aimed la lepas dapat kunci nanti nak cari home exhibition lagi and terus beli. 

Yang ni kalau nak beli oven dengan microwave build in. Tapi kitorang memang takde dalam list untuk ni sebab memang jarang guna microwave. Dhuri lagi selesa panaskan lauk atas dapur gas biasa. Oven pun jarang guna. Husband je rajin guna sesekali untuk bakar ikan. 

Hob stainless steel untuk Rubine. harga kat home exhibition rm621. Kat website rm800. Dhuri memang lebih prefer stainless steel dari tempered glass.

Ni yang tempered glass punya. Agak berbaloi juga lah sebenarnya beli kat home exhibition ni. And kalau ikutkan trend sekarang memang orang lebih suka dengan tempered glass macam ni.  Tapi Dhuri risau pula nak pakai kaca ni. Takut pecah time masak. Dah banyak juga kes kan. Husband pun tak bagi beli tempered glass. Walaupun warna hitam tu menarik and sesuai dengan warna hood hitam jugak tapi Dhuri redha je lah cari hob yang stainless steel

Tapi tu lah, dah plan nak beli bila dapat kunci nanti. Tapi sebagai manusia kita hanya mampu merancang kan...T________T

Lepas tengok kilang untuk kitchen cabinet di Semenyih kitorang terus ke Seremban sebab nak beli kipas. Ada satu kedai ni yang ofismate Dhuri recommend and kata harga murah. Dah terlanjur beli kipas kat situ, husband ajak beli je hob dan hood sekaligus. Senang tak payah cari-cari dah kat tempat lain. Kebetulan kedai ni memang ada jual.

Tengok harga pun macam okey.

Puas membelek akhirnya pilihan kitorang adalah hob dari brand Chelstar dan hood dari brand Firenzzi. Total RM2000. Ngam-ngam dengan bajet. Chelstar ni brand local. Husband pilih ni sebab tempat bakar dia tu senang nak buka dan cuci. Kalau kat website harga dia rm610. Harga hood pula dalam rm1300 kalau beli dia saja. Firenzzi ni brand dari Italy. Sama dengan Rubine. So okeylah merasa lah jugak pakai brand Italy. lol

Tapi time nak bayar husband tiba-tiba belek hood sebelah pilihan awal kitorang tadi. Dia memang dari kat Aeon Balakong lagi berkenan dengan hood style macam tu. Dia kata stylo. Dhuri pula suka dengan design pilihan kitorang yang first tu sebab mostly rumah mat saleh guna hood macam tu. Baru kena dengan konsep farm house atau scandinavian. Dhuri ni berangan nak buat konsep gini lah. Hehe. Plus, bunyi dia senyap sikit compare dengan yang husband suka tu.

Tapi sebab tahu husband suka. Dia kalau tak suka memang tak kan belek lama-lama so Dhuri fikir why not..beli je lah. Atleast dua-dua puas hati baru seronok. Untuk upgrade hood yang ni kitorang kena tambah lagi rm100. Harga hood tu lebih kurang rm1400.

Cuma hood tu kitorang request untuk simpan dulu kat kedai. Cik bibah ku dah tak muat nak menampung segala kipas dan hob. Mujur boleh. Next weeknya tu husband datang lagi sekali untuk pickup semula. 

Alhamdulillah settle bab hob dan hood walaupun ada sedikit ralat sebab spec dia kureng sikit dari Rubine haritu. Silver + hitam pulak..hurmmmm ntah lah labu. Haha. Hopefully dah siap pasang dengan kitchen cabinet nanti okey lah. 


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!


Tips Check Defect Rumah Baru Sendiri

 Assalammualaikum w.b.t 


Haii korang!! First thing first lepas dapat kunci rumah kan mesti nak kena check defect dulu tau. Ini khas untuk rumah baru sebab developer akan bagi tempoh masa 24 bulan untuk kita check rumah dan report segala kerosakan yang bukan kita buat la. Means, memang betul-betul kesilapan dari developer sendiri. Kalau kita tebuk dinding terpecah ke hape itu salah sendiri. Sila repair sendiri. Tapi kalau salah developer sila submit report cepat-cepat sebab developer diberi masa 30 hari untuk settlekan defect kita tu. Lagi cepat dorang settle, lagi cepat kita boleh move in kan..

Untuk rumah pertama kitorang dulu di Cyberjaya, Dhuri upah defect inspector untuk check defect rumah kitorang. Dorang check, and prepare the complete report. Report tu kita submit je kat developer. Memang mudah lah. Cuma kena sediakan duit je. 

Tapi untuk rumah kedua ni kitorang decided untuk buat sendiri. Ada few reasons la antaranya sebab Dhuri tak rasa proses check defect ni terlalu complicated sangat. Dapatkan ilmu sikit-sikit dari pembacaan dan video, insya Allah boleh je buat

Secondly, barang-barang yang digunakan pun tak terlalu susah nak cari. Yang basic korang kena sediakan:

                    1. Tapping rod untuk check tiles kosong atau tak
                2. Sticker berwarna. Beli 2-3 warna yang berlainan tau so korang boleh labelkan kerosakan ikut warna tertentu. Contohnya merah untuk tiles kosong, hijau untuk finishing yang tak cantik
                3. Water level ruler - Yang ni guna untuk check dinding and lantai kita simetri atau tak. Boleh check video kat youtube untuk cara penggunaan
                4. Test Pan untuk check aliran elektrik. 
                5. Charger phone untuk check soket semua berfungsi dengan baik. 

Dhuri beli tapping rod untuk check tiles tu kat shopee je. Baru rm8. Beli sticker kat mrDiy. Water level ruler tu husband pinjam.  Test pan dengan charger phone tu memang ada. Total beli barang tak habis rm50 pun. Kalau upah orang kitorang kena bayar dekat rm600 lebih jugak untuk double storey. So memang boleh jimat banyak juga kat sini.

Yang ketiga sebab kitorang nak betul-betul puas hati. Masa rumah first dulu kitorang memang takde ilmu langsung. Memang serah 100% kat inspector. Apa yang dorang check itu je lah yang kitorang tahu. Even report pun Dhuri tak belek sangat sebab masa tu tak berapa faham. Bila developer claimed kata dah settle defect, kitorang hanya terima je lah. Nak check semula pun tak boleh sebab takde alat. Plus, kitorang pun tak ingat sangat tempat-tempat yang defect tu. Nak upah inspector sekali lagi kena bayar lagi..

So atas reason-reason tu lah Dhuri and husband decided untuk buat defect checking sendiri je. 


Kitorang boleh ambil masa secukupnya, tak perlu rush untuk siap dalam masa satu hari. Kitorang bahagi-bahagikan ruang jadi memang boleh check banyak kali sampai puas hati. Cuma untuk earthing je yang kitorang tak dapat nak check sebab takde kepakaran. Tapi Dhuri tulis juga dalam report supaya developer boleh beri info berapa bacaan earthing rumah kitorang. Bacaan yang baik adalah bawah 10ohm. Kalau lebih dari ni bahaya sebab boleh berlaku lintar pintas bila kilat menyambar. Tak pasal2 rumah terbakar atau barang-barang elektrik rosak semua nanti. 

Kawasan rumah kitorang ni dah lah atas bukit, so kalau hujan lebat tu memang sekali dengan kilat dan guruh. Kalau nak buat check untuk earthing ni saja kos dalam RM200 lebih. 

First day untuk check defect kitorang fokus ruang bawah dulu. Dhuri start dulu then husband double check lagi sekali. Hari kedua baru buat ruang atas pula. Tengok lah gambar tu kemain gigih ye sampai ke bumbung pun kitorang check semua. Then, double check sekali lagi. And last baru buat untuk water ponding. Total hari lebih kurang 2 minggu jugak. Haha

Kitorang detect banyak jugak tiles yang kosong. Plaster simen pun banyak yang kosong. Mostly ruang kat yard dengan porch. Tiles pula banyak yang kosong kat toilet. Toilet master bedroom kitorang memang boleh kata kosong semua. 

Setiap kali tampal sticker Dhuri akan ambil gambar. Balik rumah duduk depan pc and tulis report. Mula-mula tu nak tulis in English tapi husband kata tulis dalam BM je sebab orang yang buat repair tu orang Indon. Kalau dia faham, senang sikit kerja, cepat siap. Hehe



So Dhuri pun tulis lah report in BM je. Kalau nak ikutkan rumah ni finishing dia agak messy sikit tapi kitorang fokus pada tiles, simen, dan water ponding tu lebih. Cat yang mana ketara je kitorang tampal sticker. Yang sikit-sikit tu pejam mata je. So total kerosakan yang kitorang report tak lebih 150 pun. 



Lepas 2 minggu lebih submit report, pekerja-pekerja defect datang rumah untuk settlekan defect. Lega sangat. Sebab pekerja defect ni tak ramai and queue pulak panjang. Kitorang ni nak masuk rumah cepat so memang berharap kerja-kerja defect boleh settle sebelum kitorang pindah. And sebab tu jugak report kitorang tak cerewet sangat. Yang major-major je dulu. Nanti dah pindah dan ada kerosakan lain boleh report lagi. Ada 24 bulan kan..

Setakat ni setiap hari husband memang pantau kerja-kerja defect dorang. Tiles tu memang nak kena make sure betul-betul penuh. Kalau tak lepas 2 tahun nanti mula la kembung and meletup. Kos besar tau if nak tukar tiles so part ni memang kitorang teliti sikit. 

Insya Allah lepas developer settlekan defect nanti, kitorang akan jalan kan checking lagi sekali untuk make sure dorang memang betul-betul dah repair semua yang kitorang tampal sticker tu. Tools pun memang dah ada, so senanglah.

Kesimpulan nya, either kita gunakan defect inspector atau check sendiri 2,2 ada kelebihan dan kekurangan. Ni based on pengalaman Dhuri sendiri la. Tak kisah kita nak pilih yang mana pun asalkan kita puas hati dan sesuai dengan bajet kita. If bajet tak berapa besar, tak perlu pun upah inspector luar, buat je sendiri. Kuncinya kena rajin saja. Nak buat apa-apa pun mesti dengan ilmu. Insya Allah everything akan smooth

First day masuk rumah ni gaya dia ye...Sabor jek lah

Okeylah, nanti Dhuri akan share pula kemana kitorang pergi untuk memborong keperluan rumah seperti lampu, kipas dan dapur k


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!