Monday 9 October 2023

Kunci Rumah Baru

Assalammualaikum w.b.t 


Haii korang!! Dhuri dah terima kunci rumah baru. Alhamdulillah. Syukur sangat. Penantian selama 1 tahun dah pun berakhir. Developer start bagi kunci last month lagi and Dhuri pilih tarikh 27 September 2023 sebab kebetulan date tu ambil report card anak-anak juga. So ambil cuti sehari untuk settlekan semua. 

Sebelum dapat kunci kitorang kena buat payment RM2052 dulu. Ni bayaran untuk maintaine fee setahun terus, deposit tnb dan syabas serta misc lain. Settle payment terus set date untuk ambil kunci. 

And finallyyyyyyyyy

Baju kuning tu Mr Jack, staff developer. Kitorang tunggu dia kat depan rumah je. Dia bagi form untuk isi defect sambil tunjuk kan point2 lighting, kipas, soket, etc...seperti yang termaktub dalam SNP. 

Dhuri banyak ambil gambar je. Yang dengar betul-betul husband la. hehe. Masa ni perasaan memang happy, syukur, excited semua bergabung. Tak sabar nak pindah dan start deco rumah sendiri. Lama sangat tau tunggu saat ni tiba. Dari Dhuri start kerja lagi dah pasang impian nak ada rumah sendiri. Cuma dulu rezeki belum ada. Dah dapat beli rumah pertama kitorang tak duduk pulak. So perasaan tu tak sama bilamana kali ni beli and akan duduk sendiri. 

Macam-macam nak buat tau. But, taking it slowly and steady la. Harini just nak feels je dulu. Mensyukuri dan menikmati antara kurniaan rezeki terindah dari Allah untuk keluarga kecil kami. 

Taman ni bumiputera lot. Taman sebelah pun bumi lot. Walaupun orang kata lot bumi ni rendah nilai kalau nak jual balik nanti tapi pada kitorang memang kitorang mencari lot bumi sebab lebih selesa dan tenang. Masa pencarian rumah dulu dah pernah jalan taman yang campur and rasa tak selesa sangat bila jiran ada bela anjing. Bunyi anjing menyalak setiap masa tu cannot tahan. Belum lagi kalau dorang berasap-asap sembahyang tu kan...Bila jiran semua melayu ni insya Allah cara hidup tu tak banyak beza. Ukhwah pun lebih rapat dan lebih banyak aktiviti keagamaan yang boleh dibuat sama-sama. 

Kat taman ni pun ada surau wakaf. Bunyi azan tu memang jelas dengar. Sesuatu yang Dhuri paling rindu sekali sebenarnya. Sebab rumah sewa sekarang walaupun taman melayu jugak tapi surau jauh. Memang tak dengar langsung bunyi azan. Azan ni dia mendatangkan ketenangan tau. Penanda waktu untuk kita. Something yang buat kita back to reality semula bila macam membazir masa buat benda tak berfaedah tu. T_______T

Di usia 36 tahun dapat menikmati semua ni. Syukur padaMU Ya Allah 

Next Dhuri akan share pula apa first thing yang kitorang buat lepas dapat kunci. Stay tunned k


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!



No comments:

Post a Comment